Friday 19 July 2013

Ramadhan 1434h / Julai 2013 masihi



Alhamdulillah, masih ada kesempatan sambut Ramadhan tahun ini.. :)

Harini 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadhan 1434 hijrah, masa berlalu dengan begitu cepat sekali tambah2 kalau bekerja... 7:30 pagi - 3:30 petang setiap hari, big bos bagi kebenaran sejam awal balik.. Terima kasih banyak-banyak.

Balik kerja, kacau-kacau Mok kat dapuq takpun pi sibuk-sibuk dan sembang-sembang di opis Bangkid kat depan rumah tu, last-last sampai waktu berbukak... Malam seperti biasa, berjalan kaki ke masjid belakang rumah sambil tengok bulan dan bintang di langit yang kelam. Sangat indah !

Bulan puasa ni pun adalah sangat membuat diriku tidur awal pada malam hari... yelah, nak bangun sahurrrr pulak.

Esok 20 Julai, sekolah ganti untuk sambut Deepavali nanti... Hari Sabtu diriku bekerja ! Wowwww !!

Bukak mata, pejam mata
Hari kan berlalu pergi
Siang pergi, malam datang
Tersenyum gembira lah meniti detik dalam hari mu.


Monday 1 October 2012

tiada tajuk I



ku belok ke kanan, tak kena
ku belok ke kiri, jugak sama..
ku teruskan lagi, masih samar-samar
jalan yang salah atau aku yang patot disalahkan?

1 2 3 sasaran di acu
sudah tiada jalan, di dada berdengup, pucat darah terhenti
mati pada perasaan, namun hidup pada jasad
tempikan zahir di endahkan, hilang di makan kekalutan dalam

sentap, goyah, parah... kata orang apa ku pedulikan?
diam, diam... diam.. reaksi membawa ekspresi
walau tak ke kanan mahupon ke kiri, terus harus terus pergi

Wednesday 5 September 2012

Baru. Semuanya.

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Blog sendiri di buka tanpa sebarang catatan
Blog rakan-rakan di intai, di baca berkali-kali
Malam ini baru tergerak hati nak menekan keypad laptop
Menzahirkan yang hakiki, meluahkan yang tersirat
Tanpa idea, tak ke mana
Tanpa rasa, hilang sedapnya


Hehe.. bab merapu dengan ayat entah apa-apa memang kegemaran saya, lancar ja jari jemari dok tekan keypad, tapi bila di baca sodap jugak noooo.. Perasan sendiri sebentar ya! :)

Well, dah lama tak menulis sepatah dua tiga kata ni.. Rindu pulak rasanya seperti rinduku padamu, cewahhh cewahhhh jiwang mai kacau. Abaikan okey.


Tiba-tiba idea dah hilang
Chatting di fb, mencuit hati
Kawan sekolah di ingati lagi di perhati
Terima kasih tegur saya

Erkkkk, apa-apa je lah. :)

Saturday 9 June 2012

muzik di hatiku


aku suka mendengar muzik
kerana ada saatnya...
ia adalah kata yang ingin ku ucapkan
ketika hati tak ingin berbicara


14.08.2011#

Friday 8 June 2012

ada atau hilang



senyum di hati, senyum di bibir
bila mengingati dia di sana
mungkin kerna sayang, mungkin kerna terkenang
bila hilang, adakah masih mampu begini?
atau aku tak percaya?

entah, jawapan belum aku ada
tak mahu, tak boleh, tak mampu
ya, aku tak mampu...
hilangnya sepanjang hidup
hilang setahun dua tetap mencari
apatah lagi selamanya..


Tuesday 5 June 2012

tunggu


Tanya khabar, gurau senda
Dalam hati tetap sama
Hanya mimpi sudah pasti
Lambat laun mungkin kembali

Satu seperti dulu :) #

Thursday 17 May 2012



Ayat untuk Malam ini:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Moga kita berada dalam lindunganNya, ameen ya Rabb :)

Last update Januari 2012, kadang-kadang jenguk jugak blog ni.. Tapi takda perasaan untuk membuat penceritaan yang berlaku, sebab banyak benda kena setel... Today is a day, rasa nak menulis panjang berjela sudah menusuk ke kalbu... Seharian berbulan-bulan pasti banyak cerita suka duka gembira sedih berlaku, itulah dinamakan sebagai Nikmat Kehidupan, yang baik jadikan petunjuk dalam meneruskan hidup & yang kurang baik jadikan pedoman untuk membaiki diri, biar tak cantik di mata penduduk alam asalkan cantik di mata pencipta alam.

WASSALAM